Thursday, March 26, 2009

Sajak

Suatu petang di kelas 2 Arif, SMK BBA.

"Baiklah, hari ni kita akan belajar tentang puisi moden iaitu Sajak. Sape yang tak tau apa itu sajak? Sila angkat tangan."

"OK, nampaknya semua tau apa itu sajak. Sebelum kita mulakan pembelajaran kita iaitu Sajak Mata Ayah, cikgu nak kamu semua cipta sebuah sajak dalam masa 15 minit. Sajak bebas, tapi temanya ialah Warna."

"Baik cikgu!"

15 minit kemudian...

"Baik, cikgu harap semua dah siap mencipta sebuah sajak. Orang pertama yang saya akan panggil ialah Mawardi. OK, Mawardi sila datang ke depan dan deklamasikan sajak kamu di depan rakan-rakan kamu."

Pelajar yang bernama Mawardi pun pergi ke depan kelas.

"OK, 1,2,3 mula"

"Ehem..ehem.. Warna sawi warna HIJAU, Selalu sekali dimakan dengan pelbagai cara. Ditepek sos berwarna MERAH, Ditambah mayonis berwarna PUTIH, Atas dan bawah dihimpit roti, Itulah namanya berger Ramlee."

Hmmph...

Kreatif x anak murid aku? Tapi aku konpius, aku td bg tema warna ke? makanan? ;p

5 comments:

chenta mati said...

meh sini saya balas.

rumah pak ali warna BIRU, bunga mawar warna MERAH, buah durian warna HIJAU, buang manggis warna UNGU, buah rambutan ada MERAH ada KUNING.

saya baca jadi pening. sampai gelak berguling-guling.

chenta mati said...
This comment has been removed by the author.
walé said...

bile baca sajak mawardi ni, teringat plak kat Burger Pandan Mewah... power tuh!

[-suziey-] said...

hahahha..syiok jgk jadi cikgu ek:p

Copa chups.. said...

aku jadi laparrr...