setelah beberapa lama tidak memblogkan diri,
marilah kita bersama-sama mengambil RISIKO membaca blog kedua aku utk tahun 2009..
RISIKO...
Ketawa itu mengambil risiko kelihatan bodoh.
Menangis itu mengambil risiko kelihatan sentimental.
Menghulur tangan itu mengambil risiko terlibat.
Meluahkan perasaan itu mengambil risiko mendedahkan diri yang sebenar.
Meletakkan idea dan impian di hadapan orang ramai itu mengambil risiko kehilangannya.
Mencintai itu mengambil risiko tidak dicintai kembali.
Hidup ini mengambil risiko mati.
Berharap itu mengambil risiko kecewa.
Mencuba itu mengambil risiko gagal.
Apakah risiko yang anda ambil hari ini?
Wednesday, January 07, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comments:
Risiko ku hari ini??
Curi-curi membaca blog ini semasa kerja, mengambil risiko disound oleh boss
Post a Comment